Thursday, September 17, 2009

:: Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) Kali 3

Assalamualaikum /Salam Sejahtera...

Saudara/ Saudari Guru ICT yang dikasihi...

Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) Data Kutipan Kali 3 telah bermula pada 14 September hingga 2 Oktober 2009.

Sehubungan itu kerjasama dari pihak tuan/puan adalah dipohon untuk menyempurnakan SPPICTS ini.

Pihak PKG Gelugor sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kerjasama tuan/puan/cik dalam menjayakan sistem SSQS dan SPPICTS ini bagi kutipan Kali ke 2 tempohari.

Sila rujuk pada url ini bagi tindakan selanjutnya

http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my

Tempoh Kutipan Data
a. 22 Feb 2009 - 13 Mac 2009
b. 15 Jun 2009 - 03 Julai 2009
c. 14 Sept 2009 - 02 Okt 2009

Sila hubungi En. Muhd Khairil Izwan ( Juruteknik PKG Gelugor ) jika kedapatan sebarang masalah/ pertanyaan.

Harap Maklum

Sekian terima kasih,

AZMAN BIN MAHAMOOD
16 Sept 2009 / 9.03 am

No comments:

Post a Comment